Pages

Welcome to my house...Thanks for visiting my blog.. !
Sunday, 26 August 2012

This Syawal is My Second Year Of Being A Hijaber

Assalamualaikum...

subhanallah! alhamdulillah! Allahuakbar!!

it's syawal already!!
time flies really quickly these days

anyway, i've been wanting to write this for the longest time: my perspective from a person who wasn't covered, to now is. i pray hope that i will continue on till the end of my time. in sha Allah =)

i'm still very much muslim than when i wasn't a hijaber. however, many things have changed since my first time wearing it and i find it weird how people comment on me. come on peeps. It's already two years.

in 2010, when i took that one selendang and wrapped it around my head, covering my hair and most of my neck area, all i wanted to know was how can this piece of cloth, could make me a better person.

in 2010, when i took that one selendang and wrapped it around my head, covering my hair and most of my neck area, all i wanted to know was how can this piece of cloth, could make me a better person.

it took me about a year to get used to wearing shawls. i bought so many types of shawls to understand the kinds of material that suits me best, which ones can be styled easiest, etc etc. my concerns were more towards fashion because.. well.. i wanted to feel good wearing it in order to get used to it..

the next step for me was to understand Islam and finding the Truth.
alhamdulillah, the Quran had been my bestest best ever best of the best friend ever on this journey!
it's true, when people tell you that the Quran is the best form of hidayah, believe them. get one with translations and read it.


like i mentioned earlier, "i wanted to wear tudung because i thought it would make me see something i couldn't see", and yes. i saw.

i saw how much i lacked. how little my knowledge in islam was and how much i've taken it for granted.



SO! to finish this off, before, i used to think hijab is the act of covering ourselves physically. but now the 'hijab' which means covering, to me, is the act of covering from head to toe with modesty, being modest, portraying a believer of Islam, a form of jihad (though i know it's not a big type of jihad), and all of that with the intention of pleasing Allah SWT. and that is why i call myself a hijaber.and as an advice, if you know what you're doing is something good, don't hesitate. just do it, pray for the best and tawakal.

I’d like to wish my Muslim friends and family who are celebrating Hari Raya Aidilfitri.
Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin. May your holiday be filled with love and family - ♥ Farah Amanina



Sunday, 12 August 2012

Ramadhan Kita, Ramadhan Mereka

Beberapa tahun yang lepas, saya pernah membaca fatwa-fatwa ulama dan majlis kesatuan fiqh sedunia berkenaan penetapan waktu berbuka puasa bagi negara yang mengalami waktu siang yang berterusan.

Namun, ketika itu belum kedengaran adakah ia benar-benar dihadapi oleh masyarakat islam di eropah hinggalah pada tahun ini ramadhan betul-betul jatuh pada musim panas. Ini menjadikan selain suhu yang tinggi bagi negara yang berada hemesfera utara, waktu siang mereka juga sangat panjang.

Di Murmansk, Rusia, cahaya matahari menyinari selama 24 jam, bermakna tidak ada waktu yang jelas bagi penduduk Islam di negara itu untuk mula berpuasa dan berbuka. 

Di Reykjavik, Iceland dan, Copenhagen, Denmark pula waktu siang lebih daripada 19 jam. 

Holland dan London masing-masing mencatatkan 18 dan 17 jam. 

Ia benar-benar satu ujian yang mencabar bagi ummat islam di sana. 

Usahkan mencari lailatul qadar, waktu malam pun tiada.

Usahkan ingin menunaikan solat tarawikh 8 ataupun 20, waktu malam cukup-cukup untuk berbuka puasa, bersahur dan tidur.

Sehingga kini, fatwa majlis kesatuan fiqh sedunia menyatakan ada dua pilihan bagi mereka yang berpuasa di negara yang waktu siangnya berpanjangan tanpa malam iaitu:-
1. Berpuasa mengikut waktu negara yang hampir yang mempunyai waktu malam
2. Berpuasa mengikut waktu Mekkah.

Ini bermakna mereka yang masih ada waktu malam walaupun hanya beberapa jam masih perlu berpuasa seperti biasa iaitu berdasarkan terbitnya waktu fajar dan berbuka apabila terbenamnya matahari

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih dari benang hitam daripada waktu fajar.

Yang terbaru saya mendapat maklumat ada sesetengah pusat islam dan agamawan di sana mengharuskan berbuka puasa setelah melebihi 16 jam walaupun matahari masih ada atas dasar puasa yang berterusan akan membawa kepada mudharat sedangkan ayat ramadhan itu sendiri yang berbunyi
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan, maka hendaklah dia berpuasa, dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka gantilah sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Allah mengkehendaki kemudahan, maka puasa yang terlampau panjang bukanlah satu yang mudah buat ummat islam.

Apatah lagi di eropah golongan majoriti bukan islam melihat puasa ini menjejaskan kualiti bekerja. Malah, pihak berkuasa perancis telah pun memberhentikan pekerjanya yang berpuasa.

Moga-moga kesatuan fiqh sedunia boleh menyemak kembali isu ini.

Syria & Myammar
Di Ramadhan ini kebanyakkan masjid tidak putus-putus mendoakan pertolongan Allah ke atas ummat islam di Syria, Palestin dan Rohingya

Alam Facebook telah mendedahkan segala kezaliman yang berlaku di Syria. Saya rasa kemuncaknya adalah serangan ke atas sebuah masjid di Aleppo,yang membunuh imam di masjid tersebut. Jika masjid sudah tidak selamat bagi sebuah negara islam, di mana lagi?



Sudah lebih setahun ‘Arab Spring’ di Syria hingga ada yang menggelar ini bukan lagi spring tapi sudah bertukar ‘winter’. Ntah bila kesudahannya dengan situasi di Syria begitu kabur. Tiada pembelaan antarabangsa dalam keadaan dua kuasa besar dunia Russia dan China melindungi segala tindakan pemerintah Syria. Di tambah pula dengan penggunaan senjata berat oleh mereka dan yang paling utama pembangkang di Syria sendiri masih gagal membentuk satu kesatuan yang kuat seperti di Libya.

Apa pun bumi yang didoakan oleh baginda itu memang mahal harganya untuk satu perubahan dan kemenangan islam.

Etnik Rohingya di Myammar pula, saya tidak tahu apa yang ingin ditulis. Saya rasa tiada istilah yang lebih sesuai melainkan mereka menderita di ‘neraka’ dunia. Hidup tanpa diiktiraf sebagai warganegara, apabila melarikan diri ke Bangladesh di halau kembali, tanpa hak pendidikan, kebajikan dan sentiasa terus diancam dan ditekan oleh kerajaan Myammar dan masyarakat mereka. Nyawa mereka terlalu murah untuk ditumpahkan. Apa lagi nilai hidup di dunia ini...


Ya Allah bantulah golongan yang dizalimi dan dilemah dari kalangan hamba mu di Syria dan Rohingya.

Ummat Islam Di Malaysia.
Alhamdulillah..

Betapa besarnya kurniaan Allah kepada ummat islam di tanah air Malaysia ini.

Tiada masalah penetapan waktu berbuka dan berpuasa.

Tiada masalah hadir ke masjid untuk menghidupkan malam ramadhan.

Tiada masalah untuk mencari ketenangan memburu malam Al-Qadr.

Namun kesenangan itu sering menjauhkan diri manusia itu daripada mengenali erti syukur


Bukan sahaja tidak bersyukur bahkan merosakkan ramadhan itu sendiri..

Sabda baginda s.a.w:-

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ
Nabi s.a.w naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” baginda  bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.

Mengapa tidak mendapatkan pengampunan?:-
1. Apabila ramadhan dijadikan adat bukannya ibadat.
2. Apabila lidah dan akhlak tidak dijaga ketika berpuasa.
3. Apabila tawaran pengampunan Allah pada 10 malam terakhir tidak dihirauan.
4. Apabila siangnya berpuasa, malamnya untuk membalas dendam.
5. Apabila ramadhan yang sepatutnya dijadikan bulan kebajikan namun bertukar menjadi medan pembaziran..

Ya Allah, janganlah jadikan ramadhan ini yang terakhir buat kami