Pages

Welcome to my house...Thanks for visiting my blog.. !
Sunday, 5 June 2016

Tadom Hill Resort Banting, Selangor for Nature Lover.


Hi Everyone.

Harini nak share review pasal Tadom Hill Resort dekat Banting, Selangor. Really recommended untuk orang yang sukakan nature dan aktiviti lasak macam FA. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dan camping bersama keluarga/kawan-kawan.

Awesome! Amazing! Fantastic!

So, Tadom Hill Resort is located 10-15 minutes away from KLIA, 20 minutes from Banting and 45 minutes ayaw from Kl. FA bertolak lebih kurang pukul 11 sebab sibuk nak bawa bekalan makanan dan sampai sana lebih kurang pukul 12.30. Disebabkan tak tahu jalan nak ke sana FA pakai waze je. Easy isn't it? 

So since I didn't manage to book for their accommodation, I just go straight to the reception. I'm very quite surprised with the amount of visitors on a weekday actually very impressive =D 
(weekends are mostly fully booked)



Almost everything in Tadom Hill Resorts was built by using bamboos preserving the harmonious relationship between man and nature and I love it! It is surrounded by spring water (a lake), limestone hills and a man made beach. Saya difahamkan kawasan ni dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan.
Awesome architecture designs inspired by nature.

FA share tips penting untuk ke sini :

# Kalau boleh guna la waze senang sikit sebab tempat nih agak tersorok sikit. 
Kadang tak perasan signboard dia.
# This place didn't establish online booking yet so memang kena walk in or call.
# Tapi masalah walk in nih guna concept "FISRT COME FIRST SERVE" , korang kena CEPAT sebab dia limitkan 150 orang je yang boleh masuk dalam satu2 masa!
# kat kafe dia takde makanan sangat sebab tu FA bawa makanan sendiri.

Details
Check In 3pm
Check out 12pm
Tadom Hill tutup hari Isnin
Oleh sebab FA sampai awal tak boleh nak check in lagi, FA pusing2 la dulu.. Bila lagi nak melawat kawasan kan :D

1. Tadom Bamboo Hut (12-person dormitory)
with curtain partition for every 2 mattresses

The interior of the dormitory
It reminds me of Bali actually! ( Lawa gilerr weyh )

2. Hammock Spheres
10 hammocks per sphere with mosquito nets
Booking is open for whole group, sharing or even private

Personally, I love this hammock idea. Kat bahagian tengah dia ada plug charger untuk korang cas handphone/laptop. Tengah2 dia ada ruang kosong yang mana bila kita tidur malam boleh tengok bintang2 through the open skylight.

4. Garden Tent
2 adults or 1 adult 2 children per tent
Cute isn't it?

5. Gendui Chalets
2 single beds or 1 queen bed

Kadar bayaran yang dikenakan?

FA pilih lakeside tents sebab FA nak view mengadap tasek :D
Siap dapat voucher makanan for breakfast. 

Dah check in nanti dia akan bagi tag untuk korang pakai. Tag ni setiap hari bertukar jadi korang tak boleh la nak menipu. :p



So, lepas dah ambk sleeping beg, lapik tidur & bantal perkhemahan mudah kembung yang disediakan semasa daftar masuk... Masa untuk terjah khemah pulak :D


Akhirnya.. Tadaaaaaaa!!!!!!!!


View from my tent... 
Boleh tengok view tasek dari dalam tent. Nearer to the tent area there is Tadom Splash. 
Ohh.. This is heaven.. I love it so much!
I spent most of my time in this tent doing my thesis and business matter. 
Bangun pagi je tengok view nature nih rasa macam taknak balik plak. Kan best kalau seminggu duduk sini duit masuk bukannya duit keluar.. :p
Kalau taknak tidur nak mandi sahaja pon boleh fees dia untuk peak season cuma RM25 tapi rugi la kalau tak tidur sebab tempat dia memang cantik :)

FA rasmi tent dengan makan dahulu.. hahahha.. Lepas kemas barang terus pakai life jacket (wajib) dan debushhh!!! masuk air! 
FA nih tak boleh nampak air rasa macam nak terjun dan taknak naik darat je.. hehehehe 

Here, I get to relax and unwind in the lake
sitting and kayaking on bamboo rafts or sit back and relax on floating bamboo chairs.
Rasa mcm childish plak bila dpt main air :D



Ada rakit yang disediakan tapi kena kongsi-kongsi sebab tak banyak.

Duduk di atas buaian buluh di atas air yang kedalamannya mencecah 20 kaki tak semudah seperti yang dilihat di dalam gambar. Kau kena gigih beruasaha dengan teknik yang betul beb!


Ada tempat untuk terjun yang  macam platform dan tempat bergayut where you get to be Tarzan, jump and swing yourself with a rope and dive in the lake.
Lompat! Terjun! Selam!

Bagi FA bila lagi nak cuba kan? FA main redah je try semua tu. 
Fa rasa otak FA dh masuk air dan tak berfungsi sangat masa tu.. hahhahaa
I felt like free fall
spiked up my adrenaline like nobody cares :p


Sunset view. Alhamdulillah untuk nikmat ini. 
Ciptaan yang Maha Esa.. Sungguh indah hingga mampu buat FA terpegun dan speechless.


Here you can also do some adventurous and challenging activities, namely in Tadom Base. 4 zones are available for those who want to challenge the mental and physical endurance!
They offer activities that are comfortable, fun, and mencabar. 

Tadom Hill Resorts is still the way to full completion.

Oleh sebab breakfast dia ala buffet.. FA makan puas2... hahahhaa..
FA memang makan banyak tapi badan maintain slim n small :p
Happy tummy is me :D Hohohoho...


Overall, phone reception for all mobile provider is good in this area with 4G data running all the time. FA bagi 4 bintang because all the facilities semuanya okay dan keselamatan terjamin. Washroom for sharing was clean and adequate.
I had fun in Tadom Groove and definitely worth visiting!
So, Selamat Menerjah guys!!! :D



Visit their Website / Facebook / Instagram (@tadomhillresorts) for more info
Online booking available @ Tadom Hill Resorts


Wednesday, 28 August 2013

Menghitung Hari Masuk Universiti

Hi ladies n gentleman.. :) 
it's has been a long time i'm not post a new entry haha :D 
(a super-duper buzy with my preparation to enter USM)
Ya allah.. Tinggal 2 hari je lg utk i g shopping n siapkn kelengkapan nk msuk USM... U all byangkn la.. I xbeli lg tracksuit,ksut getah utk camping,baju kurung putih utk orientasi n byk lg larh... Nie nmanya preparing last mnit.. Please don't try this ok... 
Surely u all akn serabut kpala gileeerrrrrr2 la.. >.<

 I'm not done yet packing my stuffs... N most of my friends dh siap packing brg2 dh...
So today i must do something.. I will go out n shopping for the last time and start packing my stuffs 
smpai la i bleyh tersenyum... :)

But dlm kerisauan yg melanda lubuk hati kecil nih, I agak teruja.... Coz xsbar nk msuk u n nk rsa sndri pngalaman jdi bdk art... 
U all ingat snang ke kite nk ad idea sndri n be a creative person...

Actually, I tgh menghitung hari... Bermacam-macam perasaan ada nih . Happy, tak sabar-sabar, takut, neves..semua ada. I rsa happy coz I dapat masuk USM :) n I  rasa tak sabar-sabar untuk jumpa kembali kawan-kawan dan belajar. rasa takut dan berdebar cabaran yang bakal I tempuhi kt sana nanti.

Jumpa kt sana ye >.<

Thursday, 25 July 2013

Siapa yang Harus Dipersalahkan


Dalam membesarkan anak-anak kita tidak menyedari pelbagai kesilapan telah dilakukan tanpa kesedaran kita.  Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan tentang aspek keibubapaan.  Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan bahawa didikan bukan melalui paksaan tetapi tauladan.  Anak-anak lebih percaya apa yang dilihat dari apa yang didengar.  Kalau kita suruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati masa serta sering bertangguh, maka mereka lebih terikut-ikut kepada apa yang mereka lihat kita lakukan.  Maka wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita dalam masa yang sama perlu mendidik diri kita juga.
Kesilapan yang sering dilakukan dalam mendidik anak-anak bolehlah dibincangkan seperti dibawah:

Membanding-bandingkan. Ibu bapa seringkali membanding-bandingkan sama ada kebolehan atau kelemahan anak dengan orang lain.  Ada ketikanya perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan atau sesiapa sahaja.  Memanglah tujuan perbandingan ini dibuat ialah untuk mendorong atau memberi semangat kepada anak.  Tetapi kerap kali anak-anak akan salah tafsir akan tujuan ibu bapa berbuat demikian.  Sekiranya perbandingan dibuat antara adik beradik, maka kita telah menyuburkan sifat cemburu dan iri hati dalam diri anak.  Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak akan merasa rendah diri dan hilang kekuatan untuk bersaing.
Perbandingan hanya boleh dibuat ketika tiada tekanan emosi. Maknanya ketika perbincangan berlaku secara terbuka.  Bukan ketika anak sedang dimarahi. Kita boleh jadikan orang lain sebagai contoh untuk ditauladani tanpa membandingkannya dengan anak kita.  Barulah mereka boleh menerimanya.  Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1:  "Apa nak jadi kau ni... lihat si Ali tu, tiap kali petang pasti dia balik awal.  Lepas tu terus mandi, solat dan belajar.  Tak macam engkau ni, entah apa nak jadi nanti".
Contoh di atas ternyata ibu bapa membuat perbandingan langsung antara anak dengan si Ali.  Anak kita cukup tidak menggemarinya.
Contoh 2"Orang berjaya ialah orang yang sentiasa menepati waktu.  Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya perlu diseimbangkan pula.  Kalau kita balik ke rumah awal sempatlah untuk solat dan mandi sebelum belajar.  Badan pun tak penat, betul kan?"
Lihat, contoh diatas tiada langsung unsur perbandingan.  Maksudnya tetap sama dengan contoh yang pertama, malah diselitkan pula dengan alasan yang munasabah disamping meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan... betul kan?
Jadi cubalah cari jalan agar kita tidak lagi membuat perbandingan ketika memarahi anak.  Seperti yang telah dikatakan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain boleh diceritakan sewaktu tiadanya tekanan atau desakan emosi dalam diri anak.

Merendahkan kebolehan anak.  Kita sering kali tanpa sedar merendahkan kebolehan anak secara langsung.  Kerap kali ibu bapa yang resah tentang masalah anak akan meluahkan keluhannya kepada orang lain dihadapan anak-anak.  Ada ketikanya apabila bertemu jiran, kita beritahu mereka akan kelemahan anak kita.  "Anak saya ni Cik Jah... entah apa lagi saya nak cakap.. malas betul nak belajar".  Itu salah satu contoh ungkapan.  Ungkapan ini pula dibuat dengan kehadiran anak, maka anak percaya apa yang didengarnya.  Secara tidak langsung si ibu telah suburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu. Ada ketikanya pula ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah.  "Kau ni besar nanti apa nak jadi?  Dah lah malas, degil pulak tu..".  Kata-kata begini menghiris perasaan anak-anak dan tentunya bila sentiasa diulang-ulang akan membuatkan mereka percaya itulah sahaja kemampuan diri mereka.  Ibu bapa perlu ingat setiap patah perkataan yang kita ucapkan atas diri anak-anak merupakan suatu doa.  Janganlah nanti kata-kata yang tidak baik pula dimakbulkan Allah s.w.t.  OLeh itu, carilah kebaikan dalam diri anak walaupun kecil.  Subur-suburkanlah kebaikan itu.  Mendidik anak-anak merupakan suatu proses yang berterusan.  Jangan menyangka untuk melihat perubahan yang mendadak dalam diri anak.  Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

Mengugut atau mengancam anak. Anak yang selalu diugut ketika proses tumbesarannya akan menjadikan dia seorang yang penakut bila besar kelak. Malah, kemungkinan pula dia akan jadi tukang ugut pula suatu hari nanti! Ini kerana anak-anak biasanya akan ikut tingkah laku dan gaya hidup penjaganya. Kita tidak boleh pula menyalahkan pepatah melayu bapa borek anak rintik kerana kadang-kadang teori ini terlihat kebenarannya.

Kesalahan ketika menegur. Kita selalu menegur anak berulang kali tetapi kita tidak memastikan anak mengikut teguran kita dan kadang kita sendiri cakap tak serupa bikin.
Contohnya, kita menyuruh anak yang sedang menonton tv pergi bersiap untuk bersolat, kita mesti memastikan mereka terus melakukan arahan kita dan kita sendiri jangan pula masih tercegat di depan tv. Jangan mengulangi arahan tersebut berulang kali.Ini kerana teguran yang sama berulang kali akan menjadi leteran.

Teguran yang berkali-kali tanpa merubah tingkah laku anak-anak boleh membawa dua kesan besar. Pertama mungkin anak akan benci kepada leteran ibu bapa.Kedua, sifat hormat anak-anak kepada ibu bapa akan berkurang.

Dalam pada itu ibu bapa perlu konsisten dalam menegur anak-anak yang melakukan kesalahan yang sama. Contohnya, jika hari ini kita menegur anak yang sedang bermain mancis, jika esok dia bermain lagi kita mesti menegur jugak. Teguran yang tidak konsisten akan menyebabkan anak keliru. Semalam tidak boleh, hari ini boleh pulak!

Memarahi anak tidak pada tempatnya. Ibu bapa seringkali memilih waktu yang salah memarahi anak-anak.  Ramai ibu bapa dalam sessi kaunseling saya mengadu bahawa anak-anak mereka tidak suka berterus terang atau berbincang masalah dengan mereka.  Sebenarnya kenyataan sedemikian agak kurang tepat.  Anak-anak tidak mahu berbincang atau berterus terang sebab ibu bapa sendiri tanpa disedari telah menutup pintu perbincangan tersebut.  Waktu anak masih kecil, sama ada di alam tadika atau sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa.  Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung kita.  Misalnya, anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru telah memarahinya.  Kita pasti bertanya kenapa guru marah.  Anak memberitahu yang dia telah dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul atau mengambil barang kawan. 
Apa tindak balas kita?  Ramai ibu bapa apabila mengetahui bahawa guru memarahi anak disebabkan kesilapan anak itu sendiri akan segera marah anak itu sekali lagi.  Apa pula perasaan anak?  Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit.  Apabila perkara sebegini berlaku berulang-ulang kali maka anak tidak akan berterus terang dan berbincang lagi.  Sebab mereka tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah.  Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar.
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang.  Jangan pula menyebelahi mereka.  Jelaskan secara bijak bahawa perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.  Dengan cara begini anak-anak akan belajar dari kesilapan.  Hubungan ibu bapa dan anak juga makin akrab.



4 sebab anak hilang respect terhadap ibu bapa :


1.    ibu bapa bergaduh di hadapan anak
Contoh la kan : Ketika menonton televisyen atau makan malam bersama family, si ayah atau si ibu bertikam lidah atau bergaduh di hadapan rezeki, di hadapan anak2. Sepatutnya kalau ibu bapa nak bergaduh atau ada yang tak puas hati antara mereka, mereka perlu berbincang secara baik di tempat lain seperti di dalam bilik tanpa diketahui oleh si anak tadi. Jadi si anak tidaklah bersangka buruk terhadap ibu bapa mereka sendiri. Si anak yang impikan kehidupan bahagia seperti keluarga rakan2 mereka akan terbantut. Lepas tu si anak tadi boleh meniru sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Jadi jangan salahkan anak kalau mereka berani meninggi suara terhadap anda.
2. 2.       Ibu bapa pilih kasih
Sebagai anak, mereka juga ada perasaan. Perasaan ingin dikasihi sama seperti adik beradik yang lain. Sebagai ibu bapa, perlulah membahagikan kasih sayang yang sama rata. Ini menunjukkan keadilan mereka sebagai ibu bapa. Anak2 melihat dan mencontohi apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi berhati2 dalam setiap tingkah laku anda. Apabila si ibu atau si bapa pilih kasih, contohnya melebih2kan kakak lebih daripada si adik atau melebih2kan si adik lebih daripada si kakak. Mengapa perlu pilih kasih?? Bukankah semua anak2 itu lahir daripada benih dan rahim daripada si ibu dan si ayah?? Ingat ye wahai ibu dan bapa, kamu yang mencorakkan si anak. Jika buruk sikap si anak, jangan membencinya sebaliknya fikir2kanlah tentu ada silap sewaktu kamu mendidiknya. Pilih kasih memburukkan lagi keadaan kerana si anak akan rasa tersisih dan boleh juga membenci saudara kandungnya. Dan menimbulkan rasa benci terhadap ibu bapanya sendiri. Bila dah benci, tiadalah lagi perasaan hormat tu.
3. 3. Didikan ibu bapa Vs Syariah
Apabila didikan ibu bapa bercanggah dengan didikan yang diajar oleh syariah. Si ibu dan si bapa menghantar si anak belajar di sekolah agama. ALHAMDULILLAH. Si anak yang belajar ilmu agama dengan lebih mendalam dapat membezakan didikan ibu dan bapa mereka bercanggah dengan apa yang syariah. Si anak ingin menegur tetapi biasalah anak nak nak tegur ibu bapa memanglah susah sedikit. Kalau jenis ibu bapa yang boleh ditegur dan menerima nasihat, it is okey tapi kalau yang sebaliknya tu lah agak payah sedikit. Kena tahan sabar la ek. Jadi sebagai ibu bapa, kenalah berlapang dada untuk menerima nasihat. Jangan pula rasa megah diri.
4. 4.      Mengumpat / bergosip
Haaa, best kan kalau bab mengumpat hal orang lain. Jangan kata perempuan yang hebat dalam hal ni, lelaki pun tak kurang juga. Masing masing kalau dah mengumpat dah tak ingat dunia. Dah tak fikir dosa pahala. Inilah punca masalah kaum kita tak maju. Asyik sangat berfikir hal orang lain, tapi hal sendiri tak jaga. Bergosip tentang anak si Peah tu pakai tudung tapi pakaian ketat, lengan pendek. Maknya boleh tahan pakai tudung labuh. Ha, contoh bergosip. Anak2 yang dengar ibu bapa cakap macam tu boleh rasa hilang hormat. Apa faedah cakap hal orang lain. Tengok hal diri sendiri dulu, dah cukup sempurna ke???

BIBIT KEMARAHAN

Pengamatan saya, memperlihatkan bahawa anak-anak mula menimbulkan bibit benci atau sekurang-kurangnya tidak berpuas hati dengan ibu bapa sendiri, semasa mereka menempuh beberapa fasa kehidupan.

Seorang bapa, mungkin garangnya hingga tampar dan jentik menjadi makanan harian seorang anak. Di sepanjang masa, anak menerima hakikat bahawa bapanya adalah seorang yang garang. Lalu dia sentiasa berusaha untuk mengelak daripada ‘buat masalah’ dengan bapa yang garang itu.

Tetapi untuk membenci bapa, tidak terlintas di hati dan kepala.

Fasa pertama yang sering menimbulkan rasa benci serta marah anak kepada ibu bapa ialah apabila anak-anak mula meningkat usia, bersekolah dan memulakan tabiat berkunjung ke rumah kawan-kawan malah bermalam di sana. Pada usia inilah anak mula terdedah kepada contoh-contoh lain tentang bagaimana ‘sepatutnya’ seorang yang bergelar ibu juga bapa. Anak-anak mula membandingkan ibu bapanya sendiri, dengan ibu bapa kawan.

Rasa takut terhadap kegarangan bapa dan ibu, mula berubah menjadi benci.

Fasa kedua pula ialah apabila berumahtangga.

Dalam sesetengah keadaan, ada ibu atau bapa yang melebihkan anak mereka sendiri berbanding menantu. Tetapi ramai juga menantu yang ‘bertuah’ mendapat mertua yang baik-baik, namun mereka mula secara tidak sedar menyemai suatu fikiran yang jelek bahawa ibu bapaku tidak sebaik mertua.

Perbandingan-perbandingan inilah yang menyemai bibit benci dan rasa tidak puas hati si anak kepada ibu bapa mereka sendiri.

SEBURUK MANA PUN MEREKA

Seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali-kali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan. Kebaikan yang mungkin tidak pernah dianggap kebaikan oleh sesiapa kerana berlangsungnya ia tanpa dikenang.

Kita menumpang duduk 9 bulan di perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam ‘Rahim’. Alam kasih sayang dan alam belas kasihan. Jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.

Kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.

Lupakah (memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibu bapa di tengah kenduri? Kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati, kita demam tidak bermusim. Bukan kita seorang, malah adik beradik yang lain. Jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah riuk tulang kita dikerjakan mereka. Penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok gadai mencari bekal, apakah semuanya semata-mata untuk membesarkan seorang pembenci?

Kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Busuk wangi, buruk dan baik, itulah ibu dan itulah bapa.

Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda’ berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:



“Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Biar pun sandaran dalil Abu Darda’ terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadith ini ada perbahasan ulama’ mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tangan kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu.

Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa.

SALAH IBU BAPA

Saya tidak nafikan, bahawa fenomena anak durhaka adalah produk dosa ibu bapa. Kesalahan ibu bapa merupakan faktor terbesar kepada keberhasilan anak durhaka. Malah sejak sekian lama, kita kaum Melayu sudah disedarkan bahawa Sazali adalah produk kesalahan si bapa menterjemahkan kasih sayang sebagai ‘beri semua yang anak inginkan’.

Memang malang di dunia ini bukan malang kerana tidak disayangi. Tetapi malang kerana gagal menyayangi. Sama ada tidak sayang kepada anak-anak, atau menyayangi mereka dengan cara yang salah.

Sudah terlalu biasa, ceramah saya tentang ibu bapa terpaksa diubah suai. Menekan-nekan akan kepentingan anak menghormati dan menjaga ibu bapa, menjadi sebuah sesi yang penuh penyeksaan, kepada si anak yang membenci ibu bapa. Kebanyakannya, adalah akibat sikap ibu bapa sendiri.



DI PIHAK ANAK-ANAK

Tetapi anak-anak perlu sedar.

Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!

Kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa, mampu untuk membuta tuli memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.

Sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.

Baik kejam seorang bapa.

Biar cuai seorang ibu.

Mahu pun busuk seorang bapa.

Biar kafir atau sundal sekali pun seorang ibu.

Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.

Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.

Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan, memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.

Jika dunia ini hanya ada anak dan ibu bapa, mungkin kitaran ini tidak dapat berhenti. Ibu bapa jahat menzalimi anak. Si anak juga jahat dengan membalas dendam kepada anak-anak. Kerana itu titik memahami isu ini ialah dengan kembali merujuk kepada DIA. Kepada Allah yang menjadikan mati dan hidup ini sebagai ujian.

Kita memohon keampunan dari Allah dengan mendoakan keampunan untuk ibu bapa. Tujuannya adalah berbalik kepada CINTA TANPA SYARAT. Sebagaimana ibu bapa mengasihi kita tanpa syarat, begitulah kita memohon agar dikasihani Allah ke atas diri ini TANPA SYARAT. Namun bagi ibu bapa yang gagal mengasihi si anak, kita harus berbalik merujuk kepada Allah. Kitalah pula yang mesti memberi MAAF TANPA SYARAT sebagaimana Allah boleh mengampunkan kita tanpa syarat. Jika sikap kita yang sempit jiwa untuk menguzurkan kekurangan ibu bapa, yakinilah bahawa Allah jua sulit untuk menguzurkan kekurangan kita (yang tidak terbilang itu).

Menghormati mereka, cukup dengan tidak membalas ‘kejahatan’ mereka dengan ‘kejahatan’ kita. Sedang kita pun banyak berbuat jahat kepada Allah, namun Allah sentiasa Maha Tahu cara untuk ‘berbuat baik’ dengan kita. Bagaimana kita boleh mendamba keampunan Allah tanpa syarat, sedangkan kita ghairah meletakkan pelbagai syarat, terhadap ibu bapa sendiri?

ANDAI TIADA KASIH DAN SAYANG

Kewajipan si anak adalah pada mengekalkan perlakuan baik terhadap ibu bapanya. Bukan bergantung kepada layanan ibu bapanya dahulu, tetapi ialah adalah tanggungjawab anak sebagai seorang anak yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Untuk menyayangi ibu bapa, terpulang kepada anda.

Namun…

Melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah suatu beban. Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang, adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.

Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?”

Perempuan itu menjawab, “yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku”

Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya”

Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”

Binasalah si anak yang lupakan peringatan ini!